Friday, September 4, 2009

Ramadhan Al-Mubarak..

14 Ramadhan 1430H 04/09/2009 11.58am Jumaat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah sampai pun hari Jumaat..Maknanya dah 2minggu kita berada di dalam bulan yang sangat mulia nie..Tapi amalannnye dah sebanyak minggu tu ker?..haaa...So jom kita belek-belek apa yang dah kita buat dalam 2minggu ni. Aku pun kadang-kadang terkucil gak dalam dalam dugaan bulan puasa nie..Bukan kerana Syaitan, tapi kerana Nafsu yang payah sangat nak ditundukkan. Tapi aku kena berusaha untuk menjadikan bulan puasa kali ni lebih baik dari yang sebelumnya.
Kita dah masuk fasa kedua Bulan Ramadahn di mana Allah menjanjikan KEAMPUNAN pada 10 malam yang kedua..Alhamdulillah, aku harap sangat dapat gunakan sepenuhnya kelebihan ni. Bukan nak berlagak baik, tapi siapa nak baiki diri kita kalau bukan diri sendiri kan. Janganla nak mengharap kawan baik kita nak tolong, tapi usaha sendiri lagi berbaloi dengan keputusannya nanti.
So, aku akan cuba bangun malam ke, lebihkan tadarus ke, atau apa -apa je la yang boleh mengharapkan keamapunan dari-NYA. DIA terima atau tidak bukan urusan aku, yang penting manfaat kan malam-malam yang dah dianugerahkan pada makhluk ciptaanNYA. Insy'allah.. Moga Ramadhan kali ni ada perubahannya..Jom la sama-sama kita CUBA ye..

AMIN..........


Wednesday, September 2, 2009

Perjalananku

12 Ramadhan 1430H 02/09/2009 12.07pm Wednesday

Hari ni aku mencuba sesuatu yang baru. Mencuba untuk menulis apa yang ada dalam fikiran, apa yang ada di depan mata, apa yang masuk ke telinga dan mungkin jua yang keluar dari mulut. Ia akan aku jadikan pengalaman yang menuntun kepada pengajaran yang boleh aku kutip sehari-hari..

ryaj..