Wednesday, December 28, 2011

Thursday, December 15, 2011

Meminta Dari Allah-Part 1



Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Kuasa. Diberi Tenaga dan Nafas agar dapat di kenang kembali segala dosa dan kesilapan yang aku lakukan hanya untuk memberi kesempatan untuk bertaubat dan memohon keampunan padanya. Masya'ALLAH betapa kasihnya Dia. hanya aku yang sering lalai, lupa, bongkak dan malas mengadu padanya. Semoga tulisan kali ini menjadi doa untuk ku untuk kembali ke jalan yang boleh bertaut pada KasihNYA..

Hari ini aku dapat menghadiri kuliah mingguan bersama Ustaz Dr Hj. Idris Ibrahim. Beliau banyak emberi ilmu yang sesuai untuk aku amalkan dengan tenang dek kemalasan yang dah berakar umbi dalam diri ini. Hari ni dia mengajar tentang bagaimana hendak "Meminta Pada Allah"/ Berdoa. Insya'Allah aku akan nyatakan amalan yang beliau sampaikan sedikit demi sedikit. Moga Allah Permudahkan. Amin.

1. Cara yang paling bagus untuk memohon dengan berhajat adalah dengan Solat Hajat (afdhal di waktu malam)/dengan cara bersolat. Solat sunat ini dilakukan selepas solat Isya'. Kaifiat solat ini adalah:

- berniat "Sahaja Aku solat sunat hajat kerana Allah Ta'ala"
- pada rakaat pertama selepas Al-fatihah, bacalah surah Al-kafirun 1x
- pada rakaat kedua selepas Al-fatihah bacalah suraj Al-ikhlas 1x
- selepas salam, berdoalah dengan berselawat keatas nabi, memohon ampun kedua ibu bapa/mertua/mentua, memohon ampun diri/keluarga, kemudian sebut nama diri pemohon doa cth: ya Allah Aku Saiful bin Mohd memohon.......
- amalan ini hendaklah dilakukan selama 40 hari tanpa putus kerana kita sebagai hambanya tidak mengetahui bilakah Allah akan mengabulkan permintaan kita. ia tidak lain hanyalah ingin menyuruh hambanya untuk tidak putus asa mengharap pertolongan daripaNYA...

bersambung.............

Wednesday, December 7, 2011

Ber ISTIGFAR la

Ibnu Umar radhiyallahu’anhuma berkata: “Sesungguhnya kami benar-benar menghitung dzikir Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam dalam satu kali majelis (pertemuan), beliau mengucapkan 100 kali (istighfar dalam majelis): “Ya Rabb, ampunilah aku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat dan Maha Penyayang.” (HR Abu Dawud 1295)
Assalamualaikum w.b.t. salam buat junjungan besar Nabi kekasih Allah Muhammad S.A.W. ahli keluarga BAginda, para Sahabat  pengikut2 Sahabat dan mereka yang mengikuti mereka shingga hari kiamat.
Hari ini Allah memberi sesuatu padaku. Dia memberi hidayah untuk aku terus beristigfar walau seteruk mana cubaan yang Dia turunkan. Aku sempat solat Dhuha kat Mesjid Negeri Shah Alam, mmg antara mesjid yang aku suke selain Mesjid Jamek Batu Pahat, semasa solat, telinga ni dapat menangkap suara org berzikir merintih dengan suara yang keras tp menusuk kalbu..x semena-mena air mata aku yang jatuh..automatik aku terkenang betapa kerdil aku bila sentiasa leka untuk memohon keampunan pada Tuhan Yg Esa. sebab tu kot rezeki akau tersekat2..huhh.. Disini aku kongsikan Sayyidul IStigfar yng Rasulullah ajarkan pada Saidina Abu Bakar. Aku cuba amalkan sedaya mungkin disamping sentiasa beristigfar sebagaimana Rasulullah beristigfar lebih dari 100x sehari..

Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah kamu berkata: “Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta kholaqtani  wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu a’udzubika min syarri ma shona’tu abu-u laka bini’matika ‘alaiyya wa abu-u bidzanbi faghfirli fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illa anta (Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada ilaha selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sadar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Karenanya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).”  Barangsiapa yang membaca doa ini di sore hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam harinya, maka dia termasuk penghuni surga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni surga.” (HR Bukhary 5831)

Tuesday, December 6, 2011

Selalu Buat

Assalamualaikum....dah lama aku x tulis sbb hati x tenang mengenangkan banyak perkara dunia yg ggu. Pasal duit pasal hati yg sentiasa dicucuk syaitan laknatULLAH..Ya Allah lindungilah hatiku ini..dalam hati kacau nie, aku cuba tekadkan. aku cuba bulatkan harapan, aku paksa utntuk didik nafsu supaya apa yang berlaku adalah dalam perancangan Allah Yang Maha Mengetahui. Tiada tempat untuk aku bergantung harap melainkan denganNYA..menangisla aku pdNYA, merajukla aku padaNYA, merintihla aku padaNYA..itu yang aku cuba buat bagi mendpatkan walau setitik rahmat dan belas ehsan Rabbul Jalil...Apakah aku layak??..aku Solat taubat., aku solat Tahajjud, aku solat hajat.. semua aku buat yang termampu..agar hati ini sentiasa bergantung padaNYA. Hanya padaNya aku berserah dan memohon agar sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

"Ya Allah, ampuni aku, ampuni anak dan isteriku, ampuni kedua ayah ibu ku, kedua ayah dan ibu mertuaku, Ya Allah Ya Rahman, permudahkan urusan ku dunia dan akhirat, jangan Engkau hina aku dengan kefakiran, jauhkan aku dari kemiskinan yg boleh membuat aku kufur padamu, hindarkan aku dari meminta2 selain darimu Ya Tuhanku. Terlalu besar dosaku padaMu, tapi Lebih Besar Keampunanmu pada hambamu...Ya Allah dengarlah permohonanku, makbulkan permintaanku..amin Ya Rahim, YA Zaljalaliwalikram...

Tuesday, November 29, 2011

Muharam Yang Indah

Assalamualaikum. Selawat dan salam atas Junjungan Besar dan Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, pengikut-pengikut sahabat,dan mereka yang mengikuti mereka itu hingga hari kiamat.

Antara kelebihan/peristiwa penting di Bulan Muharam.

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Hebatnya ciptaan Allah. Memang sesungguhnyer Tidaklah Dia (Allah)menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Sampaikan Perihal ciptaan sesuatu kejadian pun di tetapkan pada masa tertentu. Hanya bagi orang yang beraakal yang akan sentiasa memikirkan hal-hal yang Maha Hebat ini. Moga aku tergolong dalam hambanya yang sentiasa peka dan sedar bahawa apa jua yang ternampak di mata, terlintas di telinga, terhidu di hidung dan terdetik di hati tidak lain hanya kepunyaan dan hak Allah Rabbul'alamin..

Friday, November 25, 2011

Ahlan Yaumul Akbar


Assalamualaikum..selamat Hari Jumaat. Hari Akbar, Hari Keramaian. Hebatnyer hari ni janganlah dipersiakan. Antara kelebihan-kelebihan pada hari ini:
  • Penghulu Segala Hari - Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: Jumaat yang dinamakan sebagai "Saiyidul Aiyam" iaitu penghulu segala hari (hari yg sebaik hari). Katanya Rasulullah bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia)tetapi yang terdahulu (diadili)pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberi petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu  Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat)adalah untuk kita, esok (Sabtu)untuk kaum yahudi, dan lusa (Ahad)untuk kaum Nasrani.
  • Allah Ciptakan Adam
  • Allah turunkan Adam ke bumi
  • Allah mematikan Adam
  • Di hari ini terdapat satu saat yang amat istimewa yang jika seseorang hamba itu memohonkan sesuatu, melainkan Allah akan memperkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram
  • Hari terjadinya Kiamat
  • Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi,gunung, lautan melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari ini (riwayat hadis Muslim)
  • Rasulullah bersabda:"Sesiapa hadir solat jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta, sesiapa hadir solat jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu, sesiapa hadir solat jumaat pada saat ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas, sesiapa hadir solat jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat jumaat pada saat kelima dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur"
  • Allah mengutuskan malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka ada kalam-kalam emas, juga kertas-kertas perak, berdiri dipintu-pintu masjid mencatat nama mereka yang masuk masjid dan mendirikan solat jumaat, dan apabila sempurna sembahyang, mereka naik ke langit lalu berkata:" Wahai tuhan kami, kami telah catat nama mereka yang memasuki masjid dan menunaikan jumaat."
Allah berfirman yg bermaksud: "Wahai malaikatKU, demi Kemuliaan dan KebesaranKu, sesungguhnya Aku telah Ampunkanmereka, tidak berdosa sedikit pun".


p/s: Apabila imam naik ke mimbar, malaikat akan menutup buku catatannya dan akan mengikut mendengar khutbah. Justeru sesiapa yang datang selepas itu, seolah-olah dia datang hanya untuk bersolat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.


(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim)

Wednesday, November 23, 2011

Kalimah Toyyibah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah tengah hari tadi, aku berjaya menyempatkan diri, mengawal masa di dunia ni untuk hadir ke Majlis Ta'lim. Kuliah hari ni disampaikan oleh Ustaz Wan Marzuki. Tajuk Kalimah Tauhid. Aku suka ustaz ni sebab penyampaian yang bersahaja tetapi masuk terus dalam hati dan senang di pikirkan untuk dibuat amalan dan bekalan. Tapi mana2 ustaz (selagi betul ikut syara' semua aku suke). Kelas hari ni banyak membuatkan aku termenung, sebab aku macam baru je hidup kat dunia nie. Kalimah La Ila Ha IllALLAH yang aku sering titipkan di bibir rasa macam baru untuk dikenali. Pehh!!..rasa ciput sangat ilmu ni.Ok kat sini aku nak kongsi apa yang aku belajar tadi, mudah2han sapa2 yang baca lebih paham dari aku dan sampaikan pada sahabat yang lain.

Kalimah Toyyibah ini mempunyai 2 rukun yang utama yang menjadi tunjang Tauhid kepada ALLAH.

  1. Rukun Nafi
  2. Rukun Isbat
  •  Rukun Nafi (Penafian) terletak pada kalimah LA ILA HA (Tiada Tuhan yang Layak Disembah). Di sini apa yang seorang Muslim yang mengaku Islam dan mengikut ajarannya perlu SEKERAS-KERASNYA menafikan apa jua selain ALLAH yang berhak disembah. Maksudnyer..nampak apa saje yang bertentangan dengan Penyembahan Selain dari ALLAH adalah tertolak sama sekali.
  • Rukun Isbat (Pengecualian) terletak pada kalimah ILLAAH (melainkan ALLAH). Selepas penafian terhadap apa jua sembahan, kita perlu sematkan. pasakkan, kukuhkan bahawa hanya ALLAH yang berhak disembah. Tiada kebergantungan terhadap sesuatu melainkan ALLAH.
So, apa yang aku dapat hari ni baru menjadikan aku nampak apa ada dalam Kalimah AGUNG ni. Bukan hanya sekadar saje2 nak sebut dan zikir tanpa mengetahui apa yang perlu ada dalam kalimah ini. Insya'Allah di lain post, aku akan sambung Syarat-Syarat Sah menjadi Kalimah Toyyibah.

Tuesday, November 22, 2011

Kelebihan Sab'ul Masani (Al-Fatihah)

Tadi malam anak saya demam tinggi kami sekeluarga sangat panik. Kemudian saya teringat dengan hadist Rasulullah SAW tentang fadhilah surat Al Fatiha, maka saya buat amalan itu dan Alhamdulillah beberapa saat kemudian demam anak saya turun .
Inilah artikel mengenai fadhilah Surat Al fatiha :
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran“
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
“Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
“Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
                        Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rusak.
                        Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu makaAllah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkaubukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t.“
  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihahdengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihahdan berdoa sebanyak 7 kali:
           “Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu“.
  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           “Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu“.
  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.“
“Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
          “Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.”
  • Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           “Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyehatkan”

Doa Pelembut Hati

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW. 

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.



Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah..

Doa Buat Kekasih

[Doa] Buat Kekasih: Bingkisan Doa

Ya Arhama Rohimin, Ya Arhama Rohimin, Ya Arhama Rohimin

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi...

Dan Ya Allah... Ya Tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telau Engkau takdrikan, dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah, Ya Tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang patah
Walaupun tidak bersama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungakaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup bersama
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku ketururnaan yang ssoleh...

Ameen, ameen Ya Rob'alameen...

Bila Perginya Kita?

Pagi ni keadaan bermula dengan anak aku bangun nak susu macam biasa. Dengan niat percubaan, susu cap Dupro perasa coklat aku bagi je. Besar la pulak mata die di tengah2 kesejukan jam 4.30am. Nasib die sambung tdo balik. Aku teruskan denganlanding (x tdo) guling sini, guling sana. Dalam hati, kan elok terus solat tahajjud, solat hajat ker, solat taubat ker. Di waktu inilah Sang Pencipta Melihat hambanya yang menadah tangan memohon keampunan, memohon keredhaan, memohon dimakbulkan segala hajat. Tapi untuk hamba yang hina seperti aku, liatnyer nak bangun. Dengan berkat Doa bangun tdo, serta cepat2 aku panjatkan doa agar tidak tdo semula, kaki melangkah ke bilik air. Syukur dapat  gak layan solat malam walaupun xlama.
Lepas solat subuh, terus aku drive ke Putra Height nak amik bas (park n ride cewahh) tapi bas plak xda, biasa ada jer waktu2 camnie (pukul 6am)..hampeh..dalam hati kompom aku lambat lg arinie. Dan seperti yang di jangka jalan jem giler bila memasuki syurga dunia (kuala Lumpur). Ditengah2 aku kesibukan mengira2 waktu di tangan, mata aku sempat menangkap suatu situasi kemalangan di berdekatan sekolah. Penuh dengan trafik, rupanya ia kemalangan MAUT. Msih terbujur kaku jenazah di atas jalanraya. Aku terfikir sejenak, adakah jenazah tersebut ada terpikir yang nyawanya akan berakhir pada hari ini,di tengah2 kota, di tengah2 jalanraya. Adakah sebelum keluar dari rumah die sempat berdoa memohon keampunan, di selamatkan??.
Dan adakah aku dah terpikir BILA AKU AKAN MENURUTINYA??..Sibuk mengira bas yang lambat, jalan yang jem, lambat masuk kerja, tapi adalah aku ada mengira2 AMALAN yang akan aku bawa??.
Maha Suci ALLAH yang masih memerikan aku peluang. YA ALLAH Permudahkanlah perjalanan Hambamu yang baru sahaja KAU jemput, Permudahkanlah urusan rakan-rakanku, muslimin dan muslimat seluruhnya, Permudahkanlah segala urusanku, anak dan isteriku, dunia dan akhirat. Amin YA Rahman, Ya Rahim.

Doa Membuka 12 Pintu Kebaikan.
"Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."