Thursday, October 18, 2012

Amalan Rawatan 2

IKHTIAR MEMOHON PETUNJUK DARI ALLAH (mimpi)

Adapun kaedah ini, perlunya pada rujukan guru semula, agar tidak berlaku permasalahan 'SS'.

Sebelum tidur, bebaskan diri dari hadas besar dan kecil. Dalam keadaan berwudhuk.

Sebaiknya dirikan Solat taubat dan solat hajat, 2 rakaat. Mohon kepada ALLAH petunjuk yang diinginkan. Sama ada jodoh, rezeki, atau masalah-masalah yang sedang dihadapi.

Selepas melakukan adab-adab tidur sedia ada, maka lakukan kaedah di bawah:

1) Selepas solat, dizikirkan يا خبير يا بصير sebanyak 118x

2) Di tempat pembaringan (katil, bukan liang lahad ya), dibacakan Al Faatihah 1x, dengan ulangan ayat 4 sebanyak 11 x (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ) dengan bersertakan doa, di dalam hati.

3) Dibacakan Al Mulk : 14, 13x (ألا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير)

4) Baring dirusuk kanan.

5) Sebelum lelap, dizikirkan يا خبير يا بصير sehingga lelap.

6) Dilakukan sebaiknya 7 malam berturut-turut.

InsyaALLAH, akan diperlihatkan ALLAH, barang yang diizinkan perlihat akanNYA. Sebaiknya, setelah peroleh isyarat, dirujuk semula dengan guru-guru yang lebih arif sebelum membuat keputusan akan benar atau salahnya.

BarakALLAHu fikum.
Sumber: http://terapi-alfatah.blogspot.com/2012/10/himpunan-ikhtiar-masalah-rohani-1.html

Amalan Rawatan

IKHTIAR MASALAH GANGGUAN

1) Pastikan diri dalam keadaan berwudhuk, berada di tempat yang bersih dan tenang (tidak dikhalayak)
2) Sebaiknya dirikan solat sunat taubat 2 rakaat.

3) Selesai solat, jari telunjuk kanan diletakkan (tunjuk) ke dada kiri, mata dipejamkan dan hadirkan kalimah الله di depan wajah.

4) Tarik nafas melalui hidung, dalam hati, ucap Ismuzzat, الله , tahan nafas, (dalam hati) ucapkan kalimah Toyyibah لا إله إلا الله, sebanyak mungkin.

5) Lepaskan nafas perlahan-lahan, dengan Kalimah Huu. Dengan doa, semoga ALLAH keluarkan segala yang bathil.

6) Ulang langkah dalam bilangan ganjil. Sepanjang amalan, jangan dialihkan 'pandangan' daripada kalimah الله di depan mata.

7) Jika selepas dilepaskan nafas, ada berbau terbakar atau hangit, adalah lebih baik, membuat mandian. (Pastikan periksa rumah dahulu, bimbang dapur yang terbakar :) )

InsyaALLAH, jika ada berbau hangit atau terbakar, itu bermaksud, anda telah dibebaskan oleh ALLAH dari gangguan tersebut.

BarakALLAHu fikum.
Sumber: http://terapi-alfatah.blogspot.com/2012/10/himpunan-ikhtiar-masalah-rohani-1.html

Monday, October 8, 2012

Khasiat Azan

Assalamualaikum..selawat dan salam buat junjungan besar baginda S.A.W..ahli keluarga baginda, sahabat2 agung, para pengikut sahabat, ulama'2 dan mereka yang sentiasa berjihad dan menjunjung tali Allah setiap masa. Alhamdulillah, dapat saya membuat sedikit coretan yang xseberapa. Saya bukanlah seorang alim mahupun arif dengan ilmu Allah yang maha Luas. Saya cuma sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mencari dan mendalami ilmu yang ada seterusnya dapat mendekati pencipta yang agung. Amiin Insya'allah.

Disini saya ada menukilkan sedikit sebanyak tentang kelebihan Azan dan pengalaman saya menggunakan Azan sebagai penyembuh (hanya dengan izin dan kuasa Allah semata2)



Jin Dan Manusia Serta Selainnya Menjadi Saksi Di Hari Qiamat 
Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya: 
Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)

Mengusir Syaitan 
Hadis daripada Abu Hurairah katanya: 
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)



Di atas adalah sedikit daripada banyak kelebihan Azan apabila dilaungkan. Daripada pengalaman saya yang amat sedikit ini, pada satu masa, anak saya yang kecil (yang bongsu baru nak masuk 2 bulan) asyik menangis. Dah macam2 cara diusahakan, perut kembung dah sapu minyak, pampers penuh dah tukar, minum susu berbotol-botol,nak dodoi dah macam2 lagu keluar (rasanya dah dekat 2 cd lagu kot klu pakai player) xnak gak dia diam..ada la dalam 5 minit diam pastu uwekkkkk balik..huhuh stress tul. Di waktu inilah Allah memberi ilham (Subhanallah..Maha Suci Allah yg maha mengetahui) cuba Azan di telinga Anak tu 7 kali. Tiba2 saya yang terdiam (bukan Anak) kerana ilham itu datang dengan bisikan yang menenangkan. Dengan lafaz bismillah saya azan dengan khusyuk, saya hayati maknanya sambil hati berpegang teguh dan berserah hanya kesembuhan dan ketenangan adalah dari ALLAH, saya tiada apa2 kuasa malah hamba yg sangat hina memohon pertolongan dari Tuan segala Tuan. Allah Hu Rabbi...Syukur Anak tido dengan nyeyak..

Pengajaran yg saya dapat:
1. Apa sahaja musibah yang melanda baik kecik mahupun besar adalah datang dari ALLAH
2. Langkah yang pertama2 sekali yg perlu di buat adalah mengucapkan Alhamdulillah dan syukur kerana musibah yang menimpa adalah tanda ALLAH sayangkan hambanya.
3. Carilah ALLAH dahulu kerana DIA yang menentukan sesuatu yg berlaku. JANGAN CARI BENDA LAIN,WALAUPUN MINYAK YUYI CAP LIMAU!!!!)
4.Bertawakal la pada ALLAH dan YAKINLAH segala kesembuhan adalah MILIKNYA MUTLAK..

Sumber maklumat:http://aura-hikmah.blogspot.com/2012/09/azan-mampu-merawat-penyakit.html

Wednesday, December 28, 2011

Thursday, December 15, 2011

Meminta Dari Allah-Part 1



Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Kuasa. Diberi Tenaga dan Nafas agar dapat di kenang kembali segala dosa dan kesilapan yang aku lakukan hanya untuk memberi kesempatan untuk bertaubat dan memohon keampunan padanya. Masya'ALLAH betapa kasihnya Dia. hanya aku yang sering lalai, lupa, bongkak dan malas mengadu padanya. Semoga tulisan kali ini menjadi doa untuk ku untuk kembali ke jalan yang boleh bertaut pada KasihNYA..

Hari ini aku dapat menghadiri kuliah mingguan bersama Ustaz Dr Hj. Idris Ibrahim. Beliau banyak emberi ilmu yang sesuai untuk aku amalkan dengan tenang dek kemalasan yang dah berakar umbi dalam diri ini. Hari ni dia mengajar tentang bagaimana hendak "Meminta Pada Allah"/ Berdoa. Insya'Allah aku akan nyatakan amalan yang beliau sampaikan sedikit demi sedikit. Moga Allah Permudahkan. Amin.

1. Cara yang paling bagus untuk memohon dengan berhajat adalah dengan Solat Hajat (afdhal di waktu malam)/dengan cara bersolat. Solat sunat ini dilakukan selepas solat Isya'. Kaifiat solat ini adalah:

- berniat "Sahaja Aku solat sunat hajat kerana Allah Ta'ala"
- pada rakaat pertama selepas Al-fatihah, bacalah surah Al-kafirun 1x
- pada rakaat kedua selepas Al-fatihah bacalah suraj Al-ikhlas 1x
- selepas salam, berdoalah dengan berselawat keatas nabi, memohon ampun kedua ibu bapa/mertua/mentua, memohon ampun diri/keluarga, kemudian sebut nama diri pemohon doa cth: ya Allah Aku Saiful bin Mohd memohon.......
- amalan ini hendaklah dilakukan selama 40 hari tanpa putus kerana kita sebagai hambanya tidak mengetahui bilakah Allah akan mengabulkan permintaan kita. ia tidak lain hanyalah ingin menyuruh hambanya untuk tidak putus asa mengharap pertolongan daripaNYA...

bersambung.............

Wednesday, December 7, 2011

Ber ISTIGFAR la

Ibnu Umar radhiyallahu’anhuma berkata: “Sesungguhnya kami benar-benar menghitung dzikir Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam dalam satu kali majelis (pertemuan), beliau mengucapkan 100 kali (istighfar dalam majelis): “Ya Rabb, ampunilah aku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat dan Maha Penyayang.” (HR Abu Dawud 1295)
Assalamualaikum w.b.t. salam buat junjungan besar Nabi kekasih Allah Muhammad S.A.W. ahli keluarga BAginda, para Sahabat  pengikut2 Sahabat dan mereka yang mengikuti mereka shingga hari kiamat.
Hari ini Allah memberi sesuatu padaku. Dia memberi hidayah untuk aku terus beristigfar walau seteruk mana cubaan yang Dia turunkan. Aku sempat solat Dhuha kat Mesjid Negeri Shah Alam, mmg antara mesjid yang aku suke selain Mesjid Jamek Batu Pahat, semasa solat, telinga ni dapat menangkap suara org berzikir merintih dengan suara yang keras tp menusuk kalbu..x semena-mena air mata aku yang jatuh..automatik aku terkenang betapa kerdil aku bila sentiasa leka untuk memohon keampunan pada Tuhan Yg Esa. sebab tu kot rezeki akau tersekat2..huhh.. Disini aku kongsikan Sayyidul IStigfar yng Rasulullah ajarkan pada Saidina Abu Bakar. Aku cuba amalkan sedaya mungkin disamping sentiasa beristigfar sebagaimana Rasulullah beristigfar lebih dari 100x sehari..

Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah kamu berkata: “Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta kholaqtani  wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu a’udzubika min syarri ma shona’tu abu-u laka bini’matika ‘alaiyya wa abu-u bidzanbi faghfirli fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illa anta (Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada ilaha selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sadar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Karenanya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).”  Barangsiapa yang membaca doa ini di sore hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam harinya, maka dia termasuk penghuni surga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni surga.” (HR Bukhary 5831)