Thursday, October 18, 2012

Amalan Rawatan 2

IKHTIAR MEMOHON PETUNJUK DARI ALLAH (mimpi)

Adapun kaedah ini, perlunya pada rujukan guru semula, agar tidak berlaku permasalahan 'SS'.

Sebelum tidur, bebaskan diri dari hadas besar dan kecil. Dalam keadaan berwudhuk.

Sebaiknya dirikan Solat taubat dan solat hajat, 2 rakaat. Mohon kepada ALLAH petunjuk yang diinginkan. Sama ada jodoh, rezeki, atau masalah-masalah yang sedang dihadapi.

Selepas melakukan adab-adab tidur sedia ada, maka lakukan kaedah di bawah:

1) Selepas solat, dizikirkan يا خبير يا بصير sebanyak 118x

2) Di tempat pembaringan (katil, bukan liang lahad ya), dibacakan Al Faatihah 1x, dengan ulangan ayat 4 sebanyak 11 x (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ) dengan bersertakan doa, di dalam hati.

3) Dibacakan Al Mulk : 14, 13x (ألا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير)

4) Baring dirusuk kanan.

5) Sebelum lelap, dizikirkan يا خبير يا بصير sehingga lelap.

6) Dilakukan sebaiknya 7 malam berturut-turut.

InsyaALLAH, akan diperlihatkan ALLAH, barang yang diizinkan perlihat akanNYA. Sebaiknya, setelah peroleh isyarat, dirujuk semula dengan guru-guru yang lebih arif sebelum membuat keputusan akan benar atau salahnya.

BarakALLAHu fikum.
Sumber: http://terapi-alfatah.blogspot.com/2012/10/himpunan-ikhtiar-masalah-rohani-1.html

No comments:

Post a Comment